Super Motivasi

Rahsia Melahirkan Superhero Dalam Diri Anda Kini Dibongkarkan!



Adalah fitrah manusia untuk berjaya dalam setiap bidang yang ingin diceburinya, daripada seorang kanak-kanak sehinggalah yang sudah pun bergelar datuk. Keinginan untuk berjaya ini belum cukup untuk membawa kita merasai nikmatnya sebuah kejayaan kerana kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha yang sewajarnya.
Jadi apakah bentuk “usaha” yang perlu kita lakukan?
Sebagai seorang pelajar, kita perlu berusaha dengan cara mengulangkaji pelajaran, melakukan kerja sekolah dan mendengar segala apa nasihat dan tunjuk ajar yang telah ditunjukkan oleh guru/pensyarah. Bagi seorang usahawan internet pula, mereka perlu melakukan kerja-kerja penghasilan produk, memasarkannya serta mempromosikannya di samping membina jaringan perniagaan yang luas.
Tetapi, adakah semudah itu untuk berjaya?
Oh, tidak! Bukan semudah itu untuk berjaya. Pernahkah anda mendengar sebuah pepatah, “Nak senang, bukan senang, nak susah, bukan susah”?
Usaha yang dicurahkan seharusnya setimpal dengan apa yang hendak dicapai. Ramai di antara kita yang memiliki kebolehan, kemahiran dan kepakaran untuk mereka gunakan bagi mencapai impian, tetapi tidak ramai yang mampu untuk benar-benar mengecapi nikmatnya sebuah kejayaan.

Antara Isi Kandungan Di Dalam Ebook ini!:-
  • 10 Tips Meningkatkan Motivasi Diri
  • Kuiz Untuk Menguji Tahap Positif Diri Anda
  • Teknik Mengawal Emosi
  • 5 Elemen Utama Mewujudkan Hubungan Yang Berjaya
  • 21 Kesilapan Yang Sering Terlepas Pandang Di Dalam Perhubungan
  • Teknik Mengurus Masa
  • Teknik Merangka Matlamat dan Mengekalkan Fokus
  • Menangani Perasaan Takut Gagal
  • Rahsia Menyanyangi Diri
  • Teknik & Rahsia Mendapatkan Mentor dan berbagai-bagai lagi topik menarik yang akan meningkatkan motivasi diri anda!
Untuk keterangan lanjut klik imej.